Popia Inti Daging Burger


Popia Inti Daging Burger

Dikongsi oleh : Aneka Resepi Pilihan

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang
4 keping daging burger dicincang halus
1 mangkuk besar sayur campur
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
1 bungkus kulit popia yang kecil/besar-ikut suka


Cara-cara:

1- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
2- Masukkan daging burger yang telah dicincang halus. Gaul rata.
3- Masukkan sayur campur. Gaul rata dan tambahkan garam secukup rasa.
4- Tutup api dapur dan biarkan inti sejuk sebentar.
5- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
6- Bila nak menggoreng pastikan minyak tak terlalu panas dan terlalu perlahan.
7- Kemudian masukkan popia dan kekalkan api pada tahap SEDERHANA sahaja. Bila dah kuning keemasan boleh diangkat.
0 Komentar untuk "Popia Inti Daging Burger"

Back To Top