Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai

Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai

credit resepi to : damai qalbu


Bahan-bahan :*

1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
1 batang serai
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 inci halia
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan airGaram, gula
Daun ketumbar, daun bawang


Cara Menyediakan *

1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.

2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun
ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.

3.Masukkan juga sedikit air.

4.Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.

5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.

6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.

7.Siap untuk dihidangkan.


0 Komentar untuk "Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai"

Back To Top