Resepi Pisang Goreng Cheese Mudah dan Sedap

SEDAP! RESEPI MUDAH PISANG GORENG CHEESE




 Pisang goreng cheese sudah semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Mungkin sudah jemu makan pisang goreng biasa, bila pisang goreng cheese ni mucul, agak dapat sambutan yang hangat. Kita boleh beli kat kedai makan untuk merasai keenakkan pisang goreng cheese. Atau untuk jimat, kita boleh buat pisang goreng cheese ini di rumah sahaja. Hal ini kerana, bukan susah untuk menyediakan pisang goreng cheese yang sedap.

Kalau buat di rumah, kita boleh makan sebanyak mana yang kita mahu dan juga kos pun jimat. Oleh itu, jom kita baca resepi pisang goreng cheese yang mudah dan sedap dibawah ini. Seterusnya bolehlah masak kat rumah masaing-masing.



RESEPI MUDAH PISANG GORENG CHEESE

1) Bahan-Bahan Untuk Pisang Goreng Cheese

1 biji pisang Tanduk atau boleh gunakan pisang lain  (dipotong mengikut citarasa masing2)

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung beras

Sebiji telur

Satu sudu butter

Secubit garam

Perwarna kuning@serbuk kunyit

Minyak masak secukupnya untuk mengoreng



2) Bahan-Bahan Untuk Topping

Keju chesse (diparut)

Satu sudu kecil susu pekat manis

Satu sudu kecil butter

Chocolate yang telah dicairkan



3) Cara-Cara

1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning.

2. Masukkan sesudu butter di dalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.

3. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan (deep fry).

4. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis.

5. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju dan chocolate yang telah dicair di atas pisang goreng



Sumber

1 Komentar untuk "Resepi Pisang Goreng Cheese Mudah dan Sedap"

sedapnya kan kalo dapat makan pisang cheese, boleh jadi ketagih

Back To Top