Kari Ikan Tongkol Dengan Terung



KARI IKAN TONGKOL DGN TERUNG





Bahan-bahan ( untuk  3 orang makan )

1 ekor ikan tongkol saiz sederhana(dibersih dan dipotong)
2 biji cili merah(buang biji dan dibelah 2)
2 biji terung(dipotong ikut suka)
segenggam daun kari
2 biji tomato(belah 2)
1 batang serai di titik
5 sudu serbuk kari(di bancuh dgn air dan dicampur juga dgn 5 sudu cili boh)
4 keping asam keping
garam/perasa/gula
Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
sebesar ibu jari halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar


Cara-cara

panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan serai dan bahan tumbuk hingga kekuninggan dan naik bau.masuk daun kari dan serbuk kari yg dh dibancuh dgn air tadi.gaulkan sampai pecah minyak,barulah dimasukkan ikan.

selepas itu masukkan air,biar mendidih sebentar,kemudian masukkan terung,cili,asam keping dan tomato.nampak kuah agak2 pekat sedikit,barulah di masukkan garam,perasa dan sedikit gula.siap dihidangkan bersama nasi putih.selamat mencuba....
0 Komentar untuk "Kari Ikan Tongkol Dengan Terung"

Back To Top