Cara Mudah Buat Overnight Oatmeal

Resepi Sarapan | Resepi Oatmeal | Overnight Oatmeal Mudah | Cara Buat Overnight Oatmeal 


Resepi kali ini adalah Banana Peanut Butter Oatmeal. Mudah dan ringkas. Jadi bagi anda yang tak sempat nak buat breakfast boleh la buat overnight oatmeal ni. Kat sini saya guna pisang sebab pisang sedap, manis dan juga bagus untuk penghadaman serta mengenyangkan.



Bahan-bahan
  • Oatmeal 
  • Susu secukup rasa (nak pekat letak sikit, nak cair letak banyak)
  • Buah-buahan (pisang, strawberry, blueberry, carrot, kurma, ikut citarasa sendiri asalkan buah tu jenis yang tahan yee)
  • Peanut butter setengah sudu (opt) boleh letak chia seed, flaxseed, etc.
Campurkan semua semua bahan kat atas. Untuk sukatan susu tu kalau suka oatmeal tu pekat letak sikit tapi kalau suka cair lebihkan sikit. Saya suka susu banyak sebab bile dah terendam oatmeal ni mengembang dan texture die sticky sikit. Boleh letak dalam jar atau dalam bekas and masukkan dalam peti ais. Bangun pagi esok keluarkan dan makan. Sedap dan mengenyangkan. Brunch!

Boleh tengok video kat bawah ni.



0 Komentar untuk "Cara Mudah Buat Overnight Oatmeal "

Back To Top