"Resepi Asas Buat Doh Roti | Cara Buat Doh Bun Lembut"
Hampir setiap hari ada je yang mencari resipi asas buat doh roti. Bila dah ada resipi yang mudah untuk buat roti, senang nak olah dan variasikan resipi itu untuk dijadikan roti yang mempunyai inti yang pelbagai. Contohnya roti manis, roti kismis, roti inti kacang, roti inti sambal ikan bilis, roti sosejdan sebagainya. Korang suka roti berintikan apa?
Bahan-bahan yang diperlukan tidaklah rumit, boleh didapati dengan mudah di kedai runcit mahupun pasar raya. Beli sekali, boleh buat banyak kali. Lebih jimat kalau buat sendiri kan. Part yang paling best, boleh letak banyak inti. Tak macam bila beli kat kedai, inti seciput je.
Bahan-bahan :
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat doh roti adalah :
250g Tepung Roti
50g Gula Kastor
50g Marjerin/mentega
1 sudu teh Yis
2 sudu Tepung Susu
1/2 sudu teh Garam
1/2 sudu teh Bread Improver
Sebiji Telur
100 ml Air
Mudah kan untuk mendapat semua bahan-bahan ni.
Cara Membuat Doh :
Untuk cara membuatnya pula, kita perlu satukan air, gula dan yis untuk mengaktifkan yis tersebut. Bila yis dah mula berbuih, boleh dituang kedalam campuran bahan-bahan yang lain. Lepas tu boleh mula menguli. Kalau cara menguli tu betul, memang doh roti tu akan nak gebu segebu-gebunya. Boleh dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Bun. Korang bukan sahaja dapat belajar langkah demi langkah untuk buat aneka jenis roti dan pizza tetapi dapat juga buat pelbagai jenis pau.
Adunan Doh Yang Sedang Kembang
Tak perlu belajar secara teori, buat pening je. Macam masuk sekolah balik, kena baca buku teks. Bosan kan. Sebaliknya melalui Pakej Lengkap Rahsia Bun korang akan diajar berdasarkan video lengkap dengan penerangan yang jelas. Kalau tak faham, boleh ulang tayang video tu. Kalau nak buat bun sambil tonton video, boleh pause banyak kali semuanya dalam keselesaan dapur kita sendiri.
Buat roti secara santai dan penuh kasih sayang, barulah sedap hasilnya nanti. Buat apa pun kena buat dengan penuh kasih sayang, termasuk menaip artikel ni. Dengan penuh kasih sayang puteri nak jimatkan duit korang, tak perlu nak beli roti hari hari. Rasa nak makan roti je, masuk dapur dan buat sendiri. Tapi pastikan bahan-bahan buat roti sentiasa ada dalam kabinet.
Bau roti yang baru keluar oven memang wangi dan boleh membuka selera sesiapa sahaja biarpun orang tu tak berapa gemar makan roti. Dan bila makan, lembut je tekstur roti tu. Makan roti kosong tanpa inti pun dah sedap..apatah lagi kalau ditambah inti dan ditabur cheese di atasnya..berganda-ganda la kesedapan roti tu.
Tapi buat roti perlukan kesabaran, sebab ada beberapa proses. Terutamanya nak tunggu adunan doh kembang berganda-ganda sebelum dibakar. Jadi kalau merancang nak makan roti hasil air tangan sendiri untuk minum petang, kenalah sediakan adunan doh beberapa jam lebih awal. Sambil tunggu doh kembang bolehlah buat kerja lain.
Nampaknya dah panjang lebar dah penerangan puteri tentang resipi asas buat doh roti. Kalau rasa tak nak letak inti, nak biarkan kosong je…bolehlah taburkan gula atau keju atas adunan doh yang siap dibentuk sebelum dimasukkan ke dalam oven.
untk dapatkan pakej lengkap rahsia bun .. boleh klik banner dibawah :
Selamat Meroti :D
0 Komentar untuk "Cara Buat Doh Roti Lembut dan Sedap"