Sup Tofu Telur

Sup Tofu Telur
============



Sup ini tidak pedas dan kuahnya agak pekat kerana dicampurkan telur putih. Sangat mudah untuk disediakan dan rasanya pun sangat lazat .

BAHAN-BAHAN:

2 batang tofu telur | dipotong ikut suka
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
2.5cm halia | dihiris halus
1 biji putih telur
1 tangkai daun sawi | dipotong
½ biji lada benggala merah ñ dihiris panjang
½ biji lobak merah | diparut
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak jagung untuk menumis


CARA MEMASAK:

1 Panaskan minyak jagung pada kuali dan tumis bahan dihiris halus sehingga kekuningan.

2 Kemudian masukkan air secukupnya bersama daun sawi, lada benggala dan lobak merah. Didihkan.

3 Apabila sayur-sayuran hampir lembut, masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

4 Akhir sekali, masukkan putih telur dan kacau rata. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

JOM SHARE DI WALL MASING-MASING
Sumber : Rasa/karangkraf
Tag : resepi sayur
0 Komentar untuk "Sup Tofu Telur "

Back To Top