Resepi Ketam Masak Lemak Nanas

 RESEPI KETAM MASAK LEMAK NANAS

 

ketam masak lemak

 


hari penulis nak kongsikan resepi ketam masak lemak dengan nenas yang sangat mudah untuk disediakan dan semestinya sangat sedap. Anda boleh mencuba resepi ini dirumah , tidak perlu lagi nak keluar belanja sampai 50-60 ringgit dari makan diluar . masak sendiri , suami dan anak anak puas makan Selamat mencuba  :) 


Bahan-Bahan:

● 4 Ekor Ketam (saiz sederhana)
● ½ biji nenas
● 5 ulas bawang merah
● 2 ulas bawang putih
● 2 batang serai
● ½ inci kuntit hidup
● 3 biji cili merah
● 10 biji cili api
● 1 biji santan
● garam secukup rasa
● serbuk perasa

Cara-caranya

1. Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup di blender hingga hancur.

2. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk. Nenas yang telah dibersihkan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk.

3. Masukkan bahan yang telah diblender tadi bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk ke dalam periuk berisi nenas dan ketam tadi. Kemudian tutup periuk dan buka api dengan perlahan.

4. Setelah air dari bahan yang diblender dan ketam serta nenas tadi hampir kering barulah dimasukkan santan. Kacau dan setelah ia mendidih barulah dimasukkan garam serta serbuk perasa secukup rasa. Didih kan sebentar sahaja dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
0 Komentar untuk "Resepi Ketam Masak Lemak Nanas"

Back To Top