Cara Mengurangkan Pengambilan Makanan Bergula



Makanan bergula sering menjadi pilihan ramai terutama rakyat Malaysia tidak kira peringkat usia. Begitu juga saya sendiri, gemar menjamu kek dan coklat yang boleh dikatakan kandungan gula yang tinggi.


Tetapi tahukah anda, bahawa pengambilan makanan bergula yang berlebihan mampu menyumbang kepada masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesiti, kemurungan serta kerosakan gigi.

Mengerikan jika anda tergolong kepada yang gemar mengambil makanan bergula, bukan tidak boleh. Tetapi perlu dikurangkan, ini kerana makanan bergula penting juga dalam memberi tenaga kepada kita.

Oleh yang demikian, di sini saya ingin kongsikan cara mengurangkan pengambilan makanan bergula berlebihan agar kita dapat mengamalkan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit seperti yang saya nyatakan sebelum ini.


Cara Mengurangkan Makanan Bergula







Makan Sayur dan Buah


Salah satu cara yang saya sering amalkan adalah makan sayur dan buah, ini kerana saya juga gemar masakan sayur ketika menjamu selera. Oleh itu, biasakan diri anda dengan memakan sayur dan buah terlebih dahulu. Ini kerana anda boleh mendapatkan rasa manis dari buah sudah menghindari kelaparan dengan banyak memakan sayur.

kurangkan makanan bergula dengan coklat hitam



Makan Coklat Hitam


 
Bagi penggemar coklat, kurangkan pengambilan coklat putih dan coklat susu dengan mengambil coklat hitam atau ‘dark choclate’. Walaupun agak pahit dan tidak sesedap coklat lain, namun ianya mampu membuatkan anda lebih tenang dan tidak merasa tertekan dalam usaha menghindari makanan bergula.

kurangkan makanan bergula dengan air



Minum Air Yang Banyak

Minum banyak air sangat efektif dalam menghadkan pengambilan makanan bergula kerana air mampu membuatkan anda kenyang dan membakar lebih banyak kalori. Apabila anda mula teringinkan makanan yang manis, ambil sebotol air dan minum hingga beberapa teguk.

kurangkan makanan bergula dengan makanan masam



Makanan Masam

Salah satu cara yang saya amalkan juga adalah dengan biasakan diri minum air limau atau jus perahan lemon. Selain itu, anda boleh cuba mengambil buah anggur atau kiwi. Ini mampu membuatkan diri anda terhindar dari menyentuh makanan bergula.

Mungkin anda akan berasa sedikit terseksa jika mengamalkan cara pengambilan makanan bergula di atas. Tetapi anda harus sedar bahawa mencegah lebih baik daripada merawat, anda harus fokus untuk mengelakkan diri anda daripada penyakit seperti diabetes atau kencing manis dan lain-lain penyakit yang berpunca daripada makanan bergula.

0 Komentar untuk "Cara Mengurangkan Pengambilan Makanan Bergula"

Back To Top