Biasanya kita menyimpan pelbagai jenis makanan di dalam peti sejuk dengan alasan makanan itu dapat tahan dengan lebih lama. Namun mungkin kita tidak tahu cara penyimpanan yang betul dan ini akan menyebabkan khasiat makanan itu boleh terjejas.
1) Simpan Sayur-sayuran Dan Buah-buahan Di tempat Yang Sesuai – Untuk mengelakkan sayur-sayuran dan buah-buahan rosak, seeloknya simpanlah di bahagian laci bawah peti sejuk agar tidak berlaku proses pembekuan.
2) Asingkan Bahan Mentah Dengan Makanan Yang Sudah Dimasak – Letak makanan yang telah siap dimasak di bahagian atas. Asingkan dari bahan yang masih mentah kerana bahan yang mentah seperti daging, ikan, ayam dan sayur-sayuran mengandungi bakteria yang mungkin boleh mencemarkan makanan yang dah siap dimasak itu dan boleh mengakibatkan keracunan makanan.
3) Cara Menyimpan Telur – Simpan telur di bahagian yang lebih sejuk kerana suhu yang lebih rendah akan melembabkan proses pembiakan bakteria.
4) Cara Membungkus Sayur-sayuran – Bungkus sayur-sayuran dengan plastik berlubang untuk mengurangkan kehilangan air dan melancarkan pengaliran udara di dalamnya.
5) Cara Menyimpan Makanan Dalam Tin – Makanan dalam tin yang sudah dibuka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja di dalam peti sejuk. Pindahkan baki makanan dalam tin tersebut ke dalam bekas plastik yang bertutup. Cara ini adalah untuk mengelak berlakunya tindak balas logam dari tin ke atas udara apabila makanan berkenaan dibiarkan terdedah.
6) Sejukkan Makanan Sebelum Menyimpan – Jangan terus menyimpan makanan yang baru disiap masak ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan itu sejuk dahulu kemudian baru disimpan. Ini untuk mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
Cara Betul Menyimpan Makanan Dalam Peti Sejuk
Semoga 6 Tips Elak Makanan Cepat Rosak Dalam Peti Sejuk ini dapat memberi sedikit info tentang cara yang betul untuk menyimpan makanan dalam peti sejuk.
Tag :
petua masakan
0 Komentar untuk "Tips Elak Makanan Cepat Rosak Dalam Peti Sejuk"