Resepi Onion Rings (Gegelang Bawang)

Resepi Onion Rings (Gegelang Bawang)





Bahan-bahan :

3 biji bawang besar holland - dipotong membulat
8 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula halus
garam secukup rasa
serbuk lada hitam secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk cili
150 ml air sejuk
minyak masak secukupnya


Cara Penyediaan :

1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan bawang holland ke dalam mangkuk besar dan gaulkan serta kacau sebati.
2. Masukkan dalam peti dan sejukkan dalam 1/2 jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali.Pastikan minyak anda mencukupi untuk memastikan bawang yang digoreng tenggelam.
4. Celupkan bawang ke dalam adunan tepung sejuk tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.
0 Komentar untuk "Resepi Onion Rings (Gegelang Bawang)"

Back To Top