Resepi Cheezy Wedges

Potato/Kentang Wedges

Resepi Cheezy Wedges

Bahan-bahan:

7-8 biji kentang (dibasuh bersih dan belah)
1/4 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
Serbuk perasa secukupnya
1 biji telur

Cara-cara:

Basuh bersih kentang tanpa membuang kulit dan dibelah mengikut potongan wedges.
Masukkan air secukupnya serta sedikit garam dan rebus kentang sehingga empuk. Toskan kentang dan air rebusan. Ketepikan.
Sediakan bancuhan untuk salut pada kentang sebelum goreng dengan mencampurkan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, serbuk perasa, terlur dan garam (boleh kurangkan garam sebab garam dah dimasukkan dalam air rebusan tadi).
Salutkan bancuhan pada kentang.
Goreng sehingga perang keemasan dan boleh angkat.


Sos Cheesy Wedges



Bahan-bahan:

2 sudu tepung gandum
2 sudu butter
Sedikit serbuk perasa
Sedikit lada putih
Sedikit lada hitam
2-3 keping cheese
Sedikit susu penuh krim
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Pewarna kuning

Cara-cara:

Panaskan kuali kemudian cairkan butter. Pastikan api adalah yang paling kecil.
Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau supaya tidak berketul.
Selepas itu boleh la masukkan cheese. Biarkan sehingga hancur dan kacau sebati.
Masukkan serbuk perasa, garam, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning. Kacau sekata sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.

akhir sekali susunkan wegdes yang telah digoreng didalam pinggang dan kemudian curahkan sos cheezy diatas wedges . tambahkan mayonis dan siap untuk dimakan .





0 Komentar untuk "Resepi Cheezy Wedges"

Back To Top