Daging yang liat masih boleh dilembutkan dengan pelbagai cara. Sebelum anda perap atau rebus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air di dalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yang lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.
1. Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging dan simpan selama 1 jam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolehlah anda potong mengikut citarasa masing-masing.
2. Potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolehlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.
3. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan ke dalamnya. Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang boleh didapati di sesetengah pasar raya.
0 Komentar untuk "Petua Melembutkan Daging"