Petua Untuk Mudah Cuci Kuali


Petua Cuci Kuali Baru


Selalunya apabila kita menggunakan kuali baru, makanan akan melekat terutamanya sewaktu kita menggoreng. Apabila melekat amat sukar untuk dibersihkan.

Anda masukkan air ke dalam kuali tersebut dan campurkan dengan sedikit cuka. Masak dengan menggunakan api perlahan sehingga air mendidih. Biarkan sejuk dan kemudian basuh kuali seperti biasa.

Selepas itu, anda boleh menggunakan kuali seperti biasa dan makanan yang dimasak tidak akan mudah melekat pada kuali baru itu.


Petua Bersihkan Kuali Atau Periuk Hitam







Gosok bahagian kuali atau periuk yang hitam dengan kertas pasir halus. Kemudian cuci dan sental dengan berus dawai kasar diikuti berus dawai halus bersama sabun cap kapak atau sabun mandi. Bilas dengan air bersih. Hasilnya kuali atau periuk anda akan bersih tanpa jelaga dan berkilat.
0 Komentar untuk "Petua Untuk Mudah Cuci Kuali"

Back To Top