Ini adalah resipi maggie bujang segera. Bagi mereka yang ingin kelainan dalam masakan maggie segera boleh la mencuba. memang sedap lagi menyelerakan .
Bahan-bahan utama :
1 paket maggie kari /asam laksa maggie
1 biji bawang merah / kecil ( di hiris )
1 ulas bawang putih (di hiris halus- halus )
1 biji telur
1 gelas air
sedikit sos cili
Bahan-bahan tambahan :
1 batang lobak merah ( kecik jer )..( potong ikut suka )
100 gram kobis bunga (potong ikut sesukati masing-masing )
1 ikat sawi ( beli jer RM0.50 ) ( Potong ikut sesukati masing-masing )
Cara-cara penyediaan :
1. Panaskan kuali dan masuk kan sedikit minyak masak dengan api yang sederhana .
2. Masukkan bawang merah dan bawang puting . goreng sehingga bau wangi
3. Masukkan segelas air dan tunggu sehingga masak
4. Apabila sudah masak air tu masuk kan perencah maggie kari / asam laksa
5. Kemudian masukkan lobak merah, kobis bunga dan sawi yang telah di potong ikut suka hati tadi
6. Gaul perlahan-lahan dan masukkan sedikit sos cili ( kalau nak pedas , masukkan 2 sudu besar )
7. Masukkan maggie mee dan gaul sehingga lembut
8. Masukkan Telur dan masak sehingga airnya pekat dan tinggal sedikit.
9. Tutup api dan hidangkan..
0 Komentar untuk "Resepi Maggie Telur Yang Menyelerakan"