Bahan-bahan :
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam
Bahan dikisar :
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai
1 s/b rempah masak gulai
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
Bahan tumis :
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisik, garam dan gula merah.
5. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.
0 Komentar untuk "Gulai Kawah Daging"