Sotong Goreng Kunyit

Resepi Sotong Goreng Kunyit Senang dan Sedap

Bahan-bahannya ;

Beberapa ekor sotong- dibuang tulang, dakwat dan giginya hehehe. Yang suka buang kulitnya pun boleh, terpulang masing-masing. Potong ikut suka juga. Toskan.

Sedikit serbuk kunyit.
Garam.

Bawang besar dimayang.
Cili  merah dipotong
Kacang panjang dipotong-hari ni yang ada bendir je hehehe...boleh juga.


Cara-caranya;

 Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam.
 Panaskan minyak, masukkan sotong dan goreng hingga masak.
(Air sotong jadi kering dan tinggal minyak sahaja)

Masukkan bahan-bahan sayur yang dipotong tadi.

Goreng sekejap. Siap.


kredit :cikguwan
0 Komentar untuk "Sotong Goreng Kunyit "

Back To Top