RESEPI NASI AYAM MADU

RESEPI NASI AYAM MADU 

NASI AYAM

4 cawan beras (saya guna beras siam)
5 1/2 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air)
sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
2 sudu besar butter
Bahan tumis
4 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
4 btng serai- di ketuk
3 sudu besar minyak

Cara-cara :

Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.
Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.


AYAM GORENG MADU

1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato


Cara-cara :

Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.


SOS PEDAS MERAH

4 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
6 biji cili padi merah/hijau
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula dan sedikit garam
2 sudu besar sos cili
1/2 cwn air masak utk blend bhn2
secubit garam

Cara-cara

Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.
Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.


SAMBAL KICAP

10biji cili padi hijau/merah
2 ulas bawang putih
1/4 cwn kicap(secukupnya)
gula dan garam secukupnya
sedikit sup ayam
Cara-cara
Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.
Masukkan pula gula dan garam secukupnya.


SUP AYAM MUDAH

Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
2 biji kentang= di potong dadu besar
1 btng carrot- di potong kecil
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
2 ulas bawang putih(hiris)
2 ulas bawang merah(hiris)
1" halia(hiris)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
1 kiub pati ayam
Air secukupnya dlm 4 cwn
Garam secukup rasa


Cara-cara :

Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.
Tag : resepi nasi
0 Komentar untuk "RESEPI NASI AYAM MADU "

Back To Top