Resepi Gulai Lemak Ketam Lazat



GULAI LEMAK KETAM


1 kg ketam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
20 biji cili api
3 inci kunyit
4 batang serai
( Kisar kesemua bahan2 di atas kecuali ketam )

1 cawan air
1 mangkuk santan pekat
2 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit


Cara- caranya
1. Masukan ketam yang telah dibersihkan di dalam kuali berserta bahan2 yang telah dikisar tadi.
2. Pasang api sederhana perlahan dan masukan 1 cawan air, tunggu sehingga naik bau dan masukan bahan2 perasa, garam, sedikit gula dan asam gelugur.
3. Masukan santan pekat dan kacau perlahan- lahan agar santan tidak pecah minyak.
3. Sebelum kuah menggelegak, masukan daun kunyit sehingga gulai ketam betul2 masak. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA
0 Komentar untuk "Resepi Gulai Lemak Ketam Lazat"

Back To Top