Resepi Lasagna Sedap




Resepi Lasagna tidak susah sangat untuk disediakan, cuma perlukan bahan yang berkualiti untuk dapatkan rasa yg sedap. Resepi ini menggunakan 3 jenis cheese iaitu keju cheddar, mozarella dan parmesan. Bagi kepingan lasagna pula, memang tidak perlu direbus dahulu jika kita gunakan instant lasagna, cuma kena pastikan sos bolognaise dan sos putih secukupnya untuk melembutkan lasagna semasa proses membakar.


Masa:

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 70 minit
Jumlah Hidangan :

Bahan-Bahan:

kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
parutan keju mozarella, secukupnya
serbuk keju parmesan, secukupnya
Bahan untuk sos bolognaise:
300 gram daging atau ayam kisar
379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
4 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji capsicum hijau, potong dadu
6 biji cendawan butang, hiris nipis
1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk sos putih:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 keping keju cheddar cheesedale
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
lada putih dan garam secukup rasa
Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan
Cara Penyediaan:


Cara untuk masak sos bolognaise:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering.

Cara untuk memasak sos putih:

Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
Angkat dan sejukkan

Cara untuk membuat lasagna:

Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese.
Tag : italian food
0 Komentar untuk "Resepi Lasagna Sedap"

Back To Top