Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese

RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM
CHEESE

sumber : yatiememories
loyang 8x8x3

 BAHAN A

  * 250 gm cream cheese
  * 60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
  * 1 biji telur
  * 1 sudu besar air
  * 1 sudu besar tpng gandumCara-cara

  * Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  * Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  * Biarkan sebentar.BAHAN B (KEK)

  * 2 biji telur
  * 1 cwn gula halus
  * 1 sk vanilla
  * sedikit garam
  * 1/2 cwn air panas didih
  * 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  * 1/2 cwn minyak jagung/masak
  * 1 cwn tpng gandum*
  * 3 sudu besar sebuk koko*
  * 1 sudu kecil baking soda*
  * 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)Cara-cara

  * Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  * Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  * Masukkan air panas,susu dan minyak.
  * Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  * Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.CARA MEMASAK

  * Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  * Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  * Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  * Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  * Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  * Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Tag : kek
0 Komentar untuk "Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese"

Back To Top