Resepi Ayam Goreng Kunyit Cara Mudah dan Sedap









Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Kunyit  ( untuk 2 orang makan )


Bahan A untuk resepi ayam goreng kunyit ;

1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)-anggaran 200 gm
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
Minyak secukupnya utk mengoreng


Bahan B untuk resepi ayam goreng kunyit ;

2 biji jagung muda (dihiris)
2 biji lada besar merah (dihiris)
2 batang kacang panjang/ kacang buncis (dihiris)
2 inci lobak (dipotong)
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk perasa
1/2  labu bawang besar (dihiris)
1 labu bwg putih (dipecahkan)
1 sudu kecil minyak untuk menumis



Cara-cara masakan resepi ayam goreng kunyit


1. Gaulkan bahan A dan goreng hingga garing, kemudian toskan minyak.

2. Masukkan dan panaskan minyak di dalam kuali.

3. Kemudian masukkan dan tumis bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.

4. Masukkan semua jenis sayur-sayuran di dalam bahan B ke dalam kuali.

5. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.

6. Apabila sayur sudah masak, sila masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

7. Gaulkan ayam telah digoreng bersama sayuran.

8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi ringkas dan senang untuk dimasak iaitu resepi ayam goreng kunyit. ^_^


Tag : resepi ayam
0 Komentar untuk "Resepi Ayam Goreng Kunyit Cara Mudah dan Sedap"

Back To Top