Sotong Goreng Tepung Rangup




Sotong Goreng Tepung Rangup



Jom layan RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP ~!



Bahan-bahan :

Sotong (dibersihkan dan dipotong kasar)
1 biji telur ayam (dipukul)
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung goreng serbaguna
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
Garam




Cara Penyediaan :

Sotong perlu dicelur di dalam air yang mendidih lebih kurang 30 saat bagi mengelakkan sotong meletup semasa digoreng dan mengekalkan kekenyalan sotong apabila sudah digoreng.

Kesemua jenis tepung dan lada hitam serta garam diadun sekali.

Celupkan sotong ke dalam telur kemudian salut dengan adunan tepung tadi.

Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan dengan api yang sederhana.

Goreng sehingga kekuningan dalam 3-4 minit. Angkat dan toskan minyak.

Sedia untuk dihidangkan.

0 Komentar untuk "Sotong Goreng Tepung Rangup"

Back To Top