Resepi Durian Crepe






Durian Crepe sekarang ni jadi trend betul lah. Rasanya sejak bermula musim durian akhir-akhir ni, Durian Crepe mula mendapat perhatian orang ramai sampaikan ada yang sanggup berebut-rebut untuk membeli durian crepe ni.


RESEPI DURIAN CREPE



Cara Buat Durian Crepe

Bahan-bahan yang diperlukan :

20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 senduk myk masak
1 senduk gula halus
40ml susu cair
150ml air
pewarna kuning
perisa durian


Cara buat Durian Crepe:

1) Masukkan semua bahan yang ada kedalam sebuah mangkuk, dan sebatikan mereka dengan whisk dan kemudian tapis..

2) Kalau pekat  tambah air sedikit ye, boleh jugak gunakan blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.

3) Untuk mengelakkan crepe daripada berlubang bila banyak buih, ambil sesenduk kecil.. dan kemudian tuangkan adunan tadi kedalam kuali yang dipegang..

4) Layangkan kuali tadi agar adunan sekata dan diletakkan atas api kecil sampai masak.

5) Pastikan masak hingga kering, angkat dan tak perlu terbalikkan semasa mengangkat ok.


Filling :

150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..
(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
isi durian..
ltkkn fresh cream letak isi durian..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
siap dan boleh dimakan. Hehe..





So sekarang dah taukan resepi cara buat Durian Crepe yang sedap ni, jadi tunggu apa lagi. Boleh lah cuba buat sendiri sekarang! Kalau dah berjaya buat nanti jangan lupa bagi rasa sikit ye.. hehe


0 Komentar untuk "Resepi Durian Crepe "

Back To Top