Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
2 ketul ikan pari (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya.
Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.Semasa menghidang, perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Sedaaaap

0 Komentar untuk "Resepi Ikan Pari Bakar Berempah Harum"