*Bahan-bahan*
4 keping ikan pari
*Bahan kisar:-*
* 3 biji bawang merah
* 10 biji cili kering
* 1/2 in halia
* 1 sudu teh jintan manis (serbuk)
* 1 sudu teh jintan putih (serbuk)
* 1/4 sudu teh lada hitam
* 1/2 in kunyit hidup
* 2 ulas bawang putih
*Bahan tumis:-*
* 1/2 bawang besar-hiris
* 1 sk halba
* 1/4 sudu teh biji sawi
* 1/4 sudu teh halba
* 2 tangkai daun kari
* air asam jawa secukupnya
* air secukupnya
* 1 biji tomato-potong2
* 5 biji kacang bendi
* 1 serai-diketuk
* bunga kantan atau daun kesum secukupnya
* minyak masak
* garam dan gula jika suka
Cara-cara
* Panaskan minyak, tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu.
* Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.
* masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
* masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.
0 Komentar untuk "Masak Asam Pedas Ikan Melaka"