Sup Ayam Hadnyai
ni bahan2 dia:
Ayam (utk 2-3 org)
3 ulas Bawang putih, 5 ulas bawang merah, 3 cili api, 2 cm halia, 1 cm lengkuas = blend.
1 batang serai = ketuk
1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
2 biji bunga lawang, 4 biji buah pelaga,1btg kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
Cara-cara
Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai hingga naik bau
Masukkan ayam, gaulkan sehingga rata ,tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
Tambahkan garam secukup rasa
Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan.
Perahkan sedikit limau nipis.
siap! (makan ngan nasi air mmg best ^^)
Tag :
resepi ayam
0 Komentar untuk "Sup Ayam Hadnyai"