Daging ayam adalah salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan manusia. Oleh yang demikian, anda dan keluarga perlu makan daging ayam sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ketika memilih ayam di pasar, beberapa petua boleh diikuti. Antaranya :
- Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.
- Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.
- Bau daging segar, jika anda berbau yang kurang menyenangkan, lupakan saja niat untuk memiliki ayam tersebut.
- Apabila dagingnya di tekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembali ke bentuk asal.
- Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.
- Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.
- Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka.
- Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.
- Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.
- Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh di kategorikan sebagai daging ayam yang segar.
Tag :
petua masakan
0 Komentar untuk "Petua Memilih Ayam Segar"