Bahan-bahan:
1 ekor ayam (2 kg), dibersihkan dan dipotong 2 (saya guna chicken breast sahaja)
Garam secukup rasa (biarkan masin sikit)
Bahan Sampingan:
Daun salad, disiat kasar-kasar
Timun & tomato dihiris-hiris
Ubi kentang, direbus, dikupas dan dihiris-hiris
Lemon, dipotong baji
Daun pudina
Rempah Chermoula (dikisar halus-halus)
3 tangkai cili merah
1 sdb cili serbuk
1 sdb paprika
1 sdt kunyit serbuk
1 sdt jintan putih/halus serbuk
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/4 cawan minyak zaitun
Air perahan daripada 1/2 biji lemon
Cara Memasak:
1. Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan ia ke suhu bilik.
3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 180C selama 45 minit, dengan membalik-balikkannya setiap 20 minit.
4. Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.
sumber : saji
Tag :
resepi ayam
0 Komentar untuk "Resepi Ayam Panggang Maghribi"