Resepi Ayam Panggang Lada Hitam



Bahan Bahan

1 ekor ayam ( potong 2 atau tidak dipotong )
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak masak
4-6 sudu besar sos tiram ( ikut saiz ayam )
1 sudu besar sos cili


Cara penyediaan :

1. Goreng bawang putih bersama minyak masak tadi hingga kekuningan. Bila dah kekuningan tutup api.

2. Tumbuk lada hitam hingga hancur kemudian masukkan halia dan tumbuk halia pula hingga lumat.

3. Didalam lesung yang sama masukkan bawang putih yang telah digoreng bersama minyaknya. Kemudian
lenyek perlahan2 bawang putih tadi hingga hancur.

4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili. kacau perlahan.

5. Lumurkan minyak bumbu tadi pada ayam yang telah di bersihkan. Perap ayam dahulu paling kurang 1 jam.

6. Bakar dalam oven… suhu 200 darjah celcius selama 1 jam .
Tag : resepi ayam
0 Komentar untuk "Resepi Ayam Panggang Lada Hitam"

Back To Top