Butter Oat Prawn



Bahan-bahan:

1 kilo udang yang sederhana besarnya , kupas kulit badan, tinggalkan ekor dan kepala
125 gram mentega
100 gram rolled oats atau prawn cereal
1 sudu makan bawang putih, didadu halus
2 pelepah daun kari
10 biji lada padi, dirampai
1 sudu makan gula caster
Sedikit minyak untuk menggoreng udang
Garam secukup rasa
Sepinggan salada dihias cantik, yang kemudiannya akan diletakkan udang diatasnya


Cara-cara:

1) Panaskan minyak dialam kuali, goreng udang sebentar sahaja – kira-kira 15 – 30 saat sehingga bertukar warna.

2) Angkat dan ketepikan.

3) Gunakan kuali bersih yang lain, atau boleh juga gunakan kuali yang sama, tetapi keluarkan bekas minyak
gorengan udang dan cuci bersih kuali tersebut.

4) Panaskan mentega sehingga cair.

5) Tumis bawang putih, daun kari dan lada padi sehingga naik aromanya.

6) Masukkan oat (atau prawn cereal), gaul rata dan masak selama 2-3 minit

7) Masukkan gula dan gaul sampai rata, biarkan seminit lagi.

8) Baru dimasukkan udang, gaul rata selama 30 saat. Segera angkat dan letakkan diatas timbunan salada.


kredit to : heldamelisa
0 Komentar untuk "Butter Oat Prawn"

Back To Top