Resepi Kuih Serabai Air Tangan Bonda



Namanya Kuih Serabai



Siapa pernah makan... susah juga nak jumpa sekarang ni...
Alhamdulillah saya masih ada rezeki nak merasa air tangan bonda

Resipi (bancuhan utk 3 orang makan)
5 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
Santan untuk bancuhan tepung
(Nak sedapkan santan tu, guna air kelapa untuk perah santan ya)
Satu sudu kecil mauripan + satu sudu kecil gula + sedikit air dicampurkan dan dibiarkan kembang terlebih dahulu sebelum tepung dibancuh)
sebiji telur (untuk elakkan tepung melekat bila dibakar)
secubit garam

Bancuh semua bahan hingga kelikatan yang boleh dituang (tak berapa pekat tak berapa cait 😁)

Biarkan bancuhan untuk 1 - 2 jam sebelum mula membakar

Kalau yang ada acuan serabai, boleh bakar dengan acuan, kalau takde tak apa, just gunakan kuali kecil dan masak satu persatu (kena sabarlah sikit)
**Hanya sapu kuali dengan sedikit minyak (guna tisu untuk sapuan) dan kebiasaannya hanya yang sekali sahaja untuk membakar kuih di atas dapur (bukan di oven ya)... kalau kuali anda tak melekat tak letak minyak pun OK

Hidangkan serabai dengan kuah manis - and boleh masak santan dan gula melaka dengan sedikit tepung atau boleh juga ditambah durian pada yang suka makan raja buah

Kredit resepi ini kepada Mazni Abdullah
0 Komentar untuk "Resepi Kuih Serabai Air Tangan Bonda"

Back To Top