Ikan Bakar Tomyam Sedap dan Mudah


Ikan Bakar Tomyam



Bahan A

1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)
2 sudu makan pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu makan jus limau nipis ataupun limau kesturi
1 biji tomato (dipotong 6)
2 biji limau kesturi
aluminium foil


Bahan B

2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara membuat :

1: gaulkan semua bahan B bersama pes tomyam dan letakkan di dalam aluminium foil. (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.)

2: letakkan ikan, tomato dan daun limau purut. kemudian bungkus kemas.

3: bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30minit.

4: perahkan limau semasa menghidang.

kredit kepada Dari dapur isteri (resepi masakan)

0 Komentar untuk "Ikan Bakar Tomyam Sedap dan Mudah"

Back To Top