Cara Buat Cili Jeruk Organik Mudah dan Lazat


CARA BUAT CILI JERUK ORGANIK




resepi ini adalah perkongsian Norashikin Bt Hasan

Cili Jeruk Organik. Jeruk bukan sebarang jeruk tau. (^_^) saya nak share resepi cili jeruk paling mudah style saya. Simple mimple.


Bahan-bahannya ialah:

1. Cili hijau
2. Madu
3. Cuka organik. Saya guna cuka epal.
4. Secubit garam asli/garam himalaya/garam pink.

Ok, semua bahan yang saya gunakan ada khasiatnya yang tersendiri ya.
Madu,cuka buah, dan garam asli adalah bahan pengawet semulajadi yang terlalu banyak khasiatnya untuk kesihatan. Ini kalau nak buat makan sekeluarga memang saya recommend sangat.
Ok, jom lihat cara buatnya ya. (^_^)



Cara2 membuat cili jeruk organik:

1. Masak air hingga mendidih dalam kettle. Then pergi potong cili.

2. Cili hijau besar dipotong seperti dalam gambar. Nak potong ikut saiz sendiri suka pun boleh. Potong serong pun boleh.
3. Letak dalam bakul lubang-lubang.

4. Basuh cili tadi. Alirkan cili pada air paip supaya biji cili boleh keluar. Masa ni kena tahan nafas sikit ya. Gas cili sangat pantas masuk ke rongga hidung. Hehe

5. Letak dalam bekas/mangkuk. Tuangkan air panas tadi. Biar ia berendam dalam 10 ke 15 minit

6. Masukkam dsalam botol kaca, (ikut kome nak pakai bekas lain pun boleh) bancuhkan 3 sudu madu lebah asli, setengah botol cuka apple. Kacau bancuhan ini hingga sebati.

7. Masukkan cili hijau yang telah direndam dgn air panas tadi. Mampatkan sikit. Jangan mampat sampai tak boleh tutup botol tu ye.. kiki emoticon

8. Then letak sedikit air suam (kira-kira 1/4 daripada kandungan botol tadi).

9. Ambil secubit garam asli/himalaya/garam pink, then taburkan dalam botol.

10. Tutup botol. Then goncang sikit untuk larutkan garam. Tak perlu goncang macam bancuh susu baby ye. Karang ada yang terpelanting karang. Botol cili jeruk ni berat...

11. Dalam 5 jam, dah boleh makan






0 Komentar untuk "Cara Buat Cili Jeruk Organik Mudah dan Lazat"

Back To Top