Resepi Ayam Masak Halia Mudah dan Sedap

Resepi Ayam Masak Halia | Chicken Ginger Recipe

niam memang djdanchef tak nafikan merupakan bahan yang sering digunakan untuk masakan selain ikan dan daging.

Macam-macam masakan yang kita boleh masak guna ayam contoh ayam masak lemak cili api, ayam masak kicap, ayam masak kari, masak merah, masak hijau.. Ha masak hijau? Letak sos hijau (thailand) jadilah ayam masak hijau.. Hehe



Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-Bahan Ayam Masak Halia
Isi ayam (ikut anda banyak mana)
3 inci halia muda (potong nipis memanjang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar seasoning
1 biji bawang merah (dimayang)
1 biji cili merah (dimayang serong)
Sedikit air
Garam
Gula
Sedikit minyak


Cara Membuat / Masak Resepi Ayam Masak Halia

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan bawang dan halia. Tumis bahan tadi sehingga naik bau semerbak.

3. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.

4. Selepas itu masukkan sos tiram, seasoning dan sedikit air ikut kepekatan anda.

5. Masukkan garam dan gula. Rasa masakan tersebut.

6. Akhir sekali, masukkan cili merah dan kacau.

7. Angkat dan hidangkan.

8. Boleh juga tabur sedikit daun bawang sebagai hiasan.

Bolehlah cuba resepi ayam masak halia yang mudah ni
0 Komentar untuk "Resepi Ayam Masak Halia Mudah dan Sedap"

Back To Top