Resepi Jus Kedondong Belimbing Asam Boi


Bahan-bahan:

* 3 biji buah kedondong (dikupas kulit dan buang bijinya)
* 1 biji belimbing smiaiz sederhana
* 2-3 ketul gula batu
* 2-3 biji asam boi
* 1 gelas air suam
* 2 sudu serbuk asam boi
* Ketulan ais

Cara menyediakan:

* Masukkan sedikit air suam, buah kedondong, buah belimbing dan gula batu ke dalam blender. Blend semua bahan-bahan ini sehingga hancur.

* Tuangkan ke dalam gelas besar. Tambahkan sedikit lagi air dan buah asam boi dan kacau.

* Masukkan ais ketul dan taburkan serbuk asam boi.

* Sedia untuk dinikmati.

0 Komentar untuk "Resepi Jus Kedondong Belimbing Asam Boi"

Back To Top