Resepi Kek Coklat Cheese Kukus




Resepi Kek Coklat Cheese


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin(dicairkan) @ 1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum,anggaran(1 cawan+2 sudu besar)
1 sudu kecil baking powder(sy guna sudu kfc je)
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul ringan)


bahan2 untuk lapisan cheese:-

250 gram cream cheese(philadelphia)
100 gram coklat masakan putih
2 biji telur
30 gram tepung gandum



Cara-cara

campurkan serbuk coklat,gula pasir,susu cair,dan marjerin.panaskan atas api sederhana,hingga gula larut(jgn sampai hangus,angkat dan sejukkan)

sementara itu,campurkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat (di ayak)

Tuangkan susu pekat kedalam adunan coklat yg telah sejuk sedikit td..gaul rata..kemudian masukkan telur,gaul hingga sebati...

Akhir,masukkan seluruh adunan coklat kedalam campuran tepung yg diayak tadi..kacau hingga semuanya betul2 sebati.

untuk lapisan cheese pula: -cairkan coklat masakan dengan teknik double boil..bila dah cair angkat dan campurkan dengan cream cheese, telur dan tepung gandum.pukul hingga kembang dan gebu...

panaskan kukusan..sapu minyak sikit pada loyang yg sesuai,agar bila kek masak senang nak terbalikkan..dan kek tak melekat.

masukkan sebahagian adunan coklat kedalam loyang kemudian kukus selama 15 @ 20 minit.

bila dah masak,masukkan pula semua adunan cheese,kukus lagi selama 15 @ 20 minit...

dan akhir,masukkan sebahagian lagi adunan coklat tadi keatas lapisan cheese dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak....bila selesai masak,angkat dan biarkan sejuk seketika.
selamat mencuba resepi saya (nalisa man)....dan maaf atas kesilapan atur resepi tadi...


P/s:-untuk topping atas kek... bahan2: 250 gm coklat masakan,3 sudu besar susu cair,2 sudu besar susu pekat,1 sudu besar marjeri..... cairkan coklat(double boil),bila dh cair masukkan susu cair,susu pekat dan marjerin..tuang atas kek yg telah sejuk td...hiaslah ikut selera anda..


Tag : kek
1 Komentar untuk "Resepi Kek Coklat Cheese Kukus"

250g coklat masakan tue coklat atau coklat putih buat topping

Back To Top