Resepi Oreo Cheese Cake
Bahan-Bahan :
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan.(cairkan guna mikrowave selama 10 saat)
Bahan Filling :
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara Menyediakan :
Base :
Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas.
Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling :
- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
- Masukkan sour cream dan pukul sebati.
- Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
- Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan
hingga rata.
- Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius
(letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air)
pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar-benar masak.
- Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan
terlebih kuning.
- Letak pd rak bawah sekali dlm oven..
- Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.
- Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah-buahan seperti peach/strawberi.
p/s :saya cadangkan anda cuba dirumah .. mmg sangat sedap dan menyelerakan :)
kredit to dapur-arang
0 Komentar untuk "Oreo Cheese Cake"